Terma dan Syarat
TERMA DAN SYARAT TEMPAHAN PAKEJ MUSLIMIN TRAVEL & TOURS (M) SDN BHD
1. PENDAFTARAN
Bayaran deposit minimum 50% seorang semasa pendaftaran dan bayaran penuh 45 hari
sebelum berlepas. Bayaran boleh dibuat secara tunai di pejabat atau memasukkan ke akaun :
Nama Penerima: MUSLIMIN TRAVEL & TOURS (M) SDN BHD
No. Akaun : 14-041-01-002528-0 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)
2. DOKUMEN
- Salinan Kad Pengenalan atau Passport perlu dberikan semasa pendaftaran Pakej Pelancongan dan Umrah.(sebarang kelewatan adalah tanggungjawab sendiri)
- Dokumen perjalanan lengkap setiap peserta perlu diserahkan kepada pihak syarikat 45 hari sebelum tarikh penerbangan bagi pakej Pelancongan dan Umrah.
- Nama peserta mestilah mengikut passport seperti yang dikehendaki oleh pihak berkuasa, Syarikat Penerbangan, Hotel atau Pihak Berkaitan. Pertukaran nama tidak dibenarkan selepas pengeluaran tiket dibuat.
3. PEMBATALAN/ SURCAJ PEMBATALAN PAKEJ
Permohonan pembatalan tertakluk kepada 3.2.1 dan 3.2.2 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 seperti berikut :
- Perkara 3.2.1 : Pembatalan 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM30.00 atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut mana-mana yang lebih tinggi) seorang yang akan dikenakan.
- Perkara 3.2.2 : 22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas pelucutan deposit pelancongan
- 22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas pelucutan deposit pelancongan
- 15-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas, 35% daripada tambang pelancongan
- 08-14hari bekerja sebelum tarikh berlepas, 50% daripada tambang pelancongan
- 03-07hari bekerja sebelum tarikh berlepas, 75% daripada tambang pelancongan
- 02 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas 100% daripada tambang pelancongan.
Dasar pembatalan syarikat penerbangan masing-masing bagi promosi tambang istimewa hendaklah terpakai sebagai tambahan kepada caj pembatalan.
Catatan : Tiket kapal terbang adalah terhad dan tertakluk kepada Terma dan Syarat Syarikat Penerbangan. Ia mungkin tidak boleh diendorskan, tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh diberi bayaran balik dan tidak boleh dipindahkan laluan. Sebarang pemindaan kepada laluan atau pertukaran
tarikh perjalanan adalah atas risiko beliau sendiri. Syarikat atau ejen bersekutunya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan tambahan yang tertanggung.
Sebarang pertukaran dan pembatalan hendaklah dibuat secara terus di pejabat Muslimin Travel & Tours (M) Sdn Bhd pada waktu pejabat (kecuali cuti umum).
4.JADUAL PENERBANGAN
- Tarikh dan jadual penerbangan tertakluk pada sebarang perubahan semasa tanpa notis.
- Harga pakej pelancongan dan umrah yang tertera adalah berdasarkan pada harga nilaian semasa ringgit malaysia (RM) berbanding nilaian mata wang asing. Oleh kerana ketidaktentuan kadar nilai RM di waktu ini, harga yang dinyatakan boleh berubah mengikut kadar nilaian RM semasa berbanding nilaian mata wang asing. Pihak MUSLIMIN
TRAVEL & TOURS (M) SDN BHD (MTTM) akan memaklumkan kepada pelanggan MTTM yang telah membuat penempahan sekurang-kurangnya 45 hari sebelum tarikh berlepas akan
perubahaan harga sekiranya ada.
Sila hubungi kami segera :-
Hj. Ahmad Tarmizi (+0136988266)
Cik Fazira (+0183895024)
Cik Aida (+0176979749) atau
Muslimin Travel (+603 4021 0033/4332/011 1770 2139)
emel kepada kami muslimintravel@muslimin.coop