Dasar Privasi Data Pelanggan
DASAR PRIVASI DATA PELANGGAN
Data peribadi yang disediakan dalam laman web ini (muslimin.traveria.biz) dan juga data peribadi yang diperolehi dari pendaftaran dengan KOPERASI MUSLIMIN BERHAD dikumpul untuk tujuan mengenal pasti pelanggan untuk pakej perjalanan pelancongan yang ditawarkan oleh MUSLIMIN TRAVEL & TOURS (M) SDN BHD (“MTTM”). Data peribadi yang diberikan akan digunakan dan diproses, khususnya untuk tujuan berikut:
- Untuk memproses permohonan untuk acara pelancongan yang ditawarkan dan dianjurkan oleh MTTM,
- Untuk memproses data peribadi pelanggan bagi tujuan organisasi dan pengurusan acara lawatan yang berkesan, termasuk menguruskan senarai kenalan, jemputan, pilihan peserta, dan sebagainya oleh MTTM,
- Untuk memproses data peribadi pelanggan selepas selesai acara lawatan, untuk kegunaan dalaman, operasi perniagaan dan/atau tujuan pentadbiran MTTM (termasuk tetapi tidak terhad kepada menerima maklum balas daripada pemohon; memberikan pemohon maklumat lanjut dan/atau kemas kini berhubung dengan acara lawatan yang dihadiri; menerbitkan atau memuat naik petikan ke dalam laman web pelancongan MTTM yang mungkin mengandungi imej atau video rasmi pemohon dalam konteks laman web MTTM dan/atau media lain), dan
- Sebarang tujuan lain yang perlu dan bersampingan dengan perkara di atas. Data peribadi pelanggan boleh dikongsi dengan pihak ketiga, untuk mana-mana tujuan yang dinyatakan di atas dan menurut Notis Dasar Privasi Data Peribadi MTTM.
Sebarang pertanyaan sila hubungi :-
Cik Fazira (+0183895024) atau
Muslimin Travel (+603 4021 0033/4332/011 1770 2139)
emel kepada kami muslimintravel@muslimin.coop