China Praktikal Memborong di Guang Zhou 6H5M
ITINERARI TRIP MEMBORONG GUANGZHOU SHENZHEN 6H5M ALL-IN HALF BOARD [PDF]
DEPOSIT RM500
B – Sarapan Pagi, L– Makan Tengahari, D – Makan Malam
Hari 1: Shenzhen – Guangzhou (L, D)

Tiba awal pagi di Airport Shenzhen. Sambutan di Airport oleh wakil kami, kemudian anda akan dibawa untuk sarapan di Restoran Muslim (belanja sendiri). Tempat pertama yang akan dilawati di Shenzhen ialah Bandar Gankeng Hakka, sebuah perkampungan purba kumpulan etnik Hakka, dengan beberapa bangunan seni bina Hakka. Seterusnya anda akan dibawa untuk melihat ke bawah dari tingkat persiaran Diwang Building, mercu tanda Shenzhen. Selepas makan tengah hari, anda akan berlepas ke Guangzhou(140km – 1jam 30 minit). Di Guangzhou anda akan dibawa melawat Masjid Saad Abi Waqqas dan Beijing Street sebelum checkin ke hotel. Dinner di restoran HALAL berdekatan. Malamnya anda akan diberikan taklimat aktiviti memborong untuk 4 hari yang akan datang. Bermalam di Guangzhou.

Hari 2: Guangzhou (B, D)
Selepas sarapan anda akan dibawa menaiki Cable Car di Baiyun Mountain. Kemudiannya anda akan dibawa ke Shamian Island. Kemudian anda akan dibawa berjalan kaki dari hotel ke One Link Plaza dan untuk sepanjang petang anda akan berada di sana. Di sini anda akan ditunjuk cara tawar menawar. Pulang ke hotel masa sendiri. Dinner di restoran HALAL berdekatan. Bermalam di Guangzhou.


Hari ke 3 : Memborong ikut pilihan masing-masing (B, D)
Setiap peserta akan ditunjuk ajar bagaimana untuk pergi sendiri ke Plaza/Mall yang menjual barang mengikut keistimewaan masing-masing. Pulang ke hotel masa sendiri. Dinner di restoran HALAL berdekatan. Bermalam di Guangzhou.
Hari ke 4 : Memborong ikut pilihan, Pembungkusan dan penghantaran (B, D)
Setiap peserta akan pergi sendiri ke Plaza/Mall yang menjual barang mengikut keistimewaan masing-masing. Pulang ke hotel masa sendiri. Dinner di restoran HALAL berdekatan. Bermalam di Guangzhou. Di sebelah malam anda akan ditunjuk ajar bagaimana membuat packing dan urusan penghantaran barang balik Malaysia.
Hari ke 5 : Aktiviti Bebas, Pembungkusan dan penghantaran balik Malaysia (B, D)
Selepas sarapan anda akan ditunjuk ajar lagi bagaimana membuat packing dan urusan penghantaran barang balik Malaysia. Kemudian aktiviti bebas. Pulang ke hotel masa sendiri. Dinner di restoran HALAL berdekatan. Malam –urusan pembungkusan barang untuk dihantar balik Malaysia. Bermalam di Guangzhou.
Hari ke 6 : Aktiviti Bebas- Guangzhou- Shenzhen (B)
Selepas sarapan, aktiviti bebas. Pulang ke hotel masa sendiri. Jam 3pm anda akan bertolak ke Airport Shenzhen.
PAKEJ TERMASUK
- Penerbangan SHENZHEN AIRLINES atau setaraf pergi balik Kuala Lumpur – Shenzhen/Guangzhou.
- Penginapan3*dan sarapan buffet setiap pagi
- Makan malam di restoran halal.
- LawatanTempat Menarik di Guangzhou/Shenzhen
- Latihan Praktikal Memborong dan Penghantaran Barang balik Malaysia oleh Sifu Tok Hin (Mohd Sollehin)